Isnin, 17 Mac 2014

~PESAN IBU TENTANG AYAH~


Anakku
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu.
Darinya kau diwarisi namanya,
kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama
mengantarkanmu pada Allah ketika
kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan
yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap
saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak
pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah
kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak
ragu untuk berlindung di lengannya
dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak
sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup
melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat
agar ketika kami tiada kau sanggup
menghadapi semua sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya
seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat
surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin
mampu membanggakan mu di mata
Allah, menjadi penolong di Padang
Mahsyar serta menjadi hijab dari api
neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu
& Ayah.

Isnin, 3 Mac 2014

~LIHAT TUHAN...!!!~

............Pada suatu hari,seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut.Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut.Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu mengenai banyak topik dan sehingga ke topik perbincangan berkaitan Tuhan.


''Saya tidak percaya kewujudan Tuhan,''Kata tukang gunting rambut.

"Kenapa awak kata begiti?" tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

"Mudah saja.Saudara keluar dari kedai ini,perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya.Sekiranya Tuhan wujud,kenapa ada orang yg sakit?Kenapa ada anak-anak yang terbiar?Sekiranya benar Tuhan wujud,pasti tidak ada kesengsaraan.Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian.''


...........Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.Selepas itu,pemuda itu beredar meninggalkan kedai gunting rambut tersebut.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut masai.Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama tidak mengguntingnya.


...........Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi.''Awak nak tahu sesuatu?Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!!''.
"Eh,bagaimana pula?''tanya tukang gunting rambut itu."Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!!."


"Tidak!"Pemuda itu menafikan.''Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud,sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu.''

''Ah,begitu rupanya.Habis,mereka yang tidak datang mencari saya?''


"tepat sekali!"jawab pemuda itu dengan sebuah senyuman."TUHAN MEMANG WUJUD CUMA MANUSIA YANG TIDAK BERUSAHA MENCARINYA.SEBAB ITULAH WUJUDNYA BANYAK KESAKITAN DAN PENDERITAAN DI DUNIA INI."


Renungan untuk santapan minda~~~~~~

~Usah diragui kesetiaan Allah swt terhadap kita raguilah setiap apa yang kita persembahkan tanda setia dan cinta kita terhadapNYA~

~Allah swt tidak pernah curang kepada kita tetapi kita sahaja selalu beralih arah melupakanNYA.~

~BOMOH oh BOMOH~

''Sesiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan,maka tidak diterima sholatnya selama empat puluh hari''.Sabda Rasulullah (Riwayat Muslim)

Bomoh jika mengikut Kamus Dewan ialah orang yang mencari pesakit serta menawarkan perkhidmatan tanpa diminta...Ada juga menggelarkan diri mereka ini dukun,tok pawang dan tabib.
Ada juga memberi perkhidmatan secara ikhlas menolong dan ada juga yang meletakkan kadar tertentu sebagai bayaran(Pengeras).Bomoh juga mempunyai pelbagai cara pengantaraanya,contohnya menggunakan ayat-ayat al-quran untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah swt dan ada juga yang menggunakan jin secara jampi serapah.Hari ini sahabat,kita cuba mendekati bomoh yang ujud untuk menginayakan orang lain dengan dibayar kadar upahan tertentu.

CARA UNTUK MELAKUKKAN PENGANIAYAAN;
1-Menanam barang yang dijampi atau dipuja.

2-Memuja gambar orang yang ingin diperlakukan.

3-Membuat kaedah ''Tuju-tuju"melalui angin,air dan makanan.

4-Memuja patung sebagai ganti diri orang yang di ingin diperlakukan.

KESAN ;

1-Badan terasa bagai dicucuk-cucuk,panas berbahang dan kebas.

2-Perasaan jadi resah dan gelisah tidak boleh tidur malam,bermimpi buruk,lebam-lebam berwarna biru sekitar badan.

3-Orang yang diperlakukan menjadi gila,hilang ingatan,tidak siuman.

4-Meracau-racau,ketawa mengilai-ngilai,bercakap sendirian.

5-Rahim terasa sakit,adakala bagai terasa ingin jatuh.

6-Badan terasa berat dan ada kesan atau tidak bagaikan dicakar2.

7-Sentiasa terkenang atau teringat yang teramat sangat(luar kawal)sehingga hendak lari dari rumah.

8-Tidak betah tinggal dirumah,kedai,pejabat sebab terasa panas dan serabut.

9-Selalu tidak sedarkan diri iaitu pengsan.

10-Adakala si mangsa berbau busuk di merata tempat.

11-Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit.

12-Adakala terasa kemaluan beralih tempatsedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.

13-Terdengar suara atau bisikkan memanggil atau memberi arahan melakukkan sesuatu contohnya seperti membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri.

14-Rumah tangga si mangsa bergelora,perkelahian antara suami dan isteri sentiasa berlaku.

15-Bagi wanita sentiasa menolak peminangan dan sehingga menjadi andartu..bagi lelaki sanggup menjadi bujang sehingga ketua

''Sesungguhnya Allah telah menciptakan penyakit dan penawarnya,maka berubatlah tetapi janganlah berubat dengan bahan yang haram.''Hadis nabi (Riwayat at-Tabaran)

Sahabat tersayang kerana Allah swt,
Sebenarnya faktor pendorong semua yang terjadi ini ialah dari penyakit hati yang dipandukan nafsu yang dimonopoli oleh syaitan.Sukar menerima Qada' dan Qadar ketentuan Allah swt bahawa apa yang terjadi itu penuh dengan nikmat dan hikmah tersendiri.Ingatlah bahawa kita mungkin terlepas dari dikesani atau diadili dimuka pengadilan di atasa kezaliman kita tetapi kita tidak akan terlepas dari seksa yang amat berat di akhirat nanti...bagi si perlaku..kepecayaan ini sebenarnya telah menjejaskan akidahnya sebagai umat islam.Para ulamak pun bersepakat bahawa rawatan yang membabitkan amalan syirik kepada Allah swt adalah HARAM.Semoga kita tidak tergolong orang yg "BERSENANG-SENANG DI DUNIA MENDERITA DIAKHIRAT"

Kupasan ini saya buat setelah membaca sebuah makalah yang membicarakan tentang BOMOH.
Semoga ada pengajaran...yg dapat kita kongsikan....

Untuk menghidar dari diperlakukan..banyaklah kita berserah kepada Allah swt.kerana jika di izinkanNya akan terjadi dan jika tidak..insyallah pasti tidak terjadi...jagalah tutur kata,gerak laku jangan sampai membuat orang lain memusuhi dan membenci kita...insyallah..

SEMOGA ALLAH SWT MENJAUHKAN KITA MENJADI MANGSA DAN SI PERLAKU...AMIN

~SESUNGGUHNYA MANUSIA AKAN TERBINASA~

''Manusia yang baik ialah mereka yang tidak terpengaruh akhiratnya oleh dunianya,dan tidak pula meninggalkan dunianya sama sekali kerana akhiratnya''



Binasanya manusia kerana enam perkara;

1.Lemah semangat juangnya dalam cita-cita mengerjakan perbuatan akhirat.

2.Sekujur tubuhnya digadaikan menjadi hamba syahwatnya.

3.Merasakan diri lama lagi hidup.padahal maut telah berada diambang pintu.

4.Mengutamakan kesenangan dan keredhaan manusia daripada keredhaan Allah swt.

5.Kurang memperhatikan dan mempraktikalkan contoh2 kehidupan dan sikap hidup yang sederhana dari orang yg terdahulu dan tidak memperhatikan contoh dan teladan yang baik mereka tinggalkan.

6.Mengikut hawa nafsunya dan meninggalkan sunnah Rasulullah..saw.





''AL-QURAN AS-SUNNAH..PEGANGAN KAMI,JIHAD CITA-CITA MURNI...KAMI
KAMI HARAPAN UMMAH.''..BIMBINGILAH KAMI KEJALAN ISLAMIAH..

~CINTA DUA BENUA..LAYAKKAH DIMILIKKI~

Islam merupakan agama yang mengamalkan konsep keseimbangan dalam pengejaran dunia dan akhirat.Islam juga mengibaratkan dunia sebagai jambatan menuju keakhirat.Ertinya amalan yg diperlakukan di dunia semuanya boleh memberikan sama ada dosa ataupun pahala kepada pengamalnya.Sesetengah orang berpendapat amalan akhirat hanya terdiri dari sholat,puasa,zakat,haji,berzikir,bersedekah sahaja.Bagi dunia meliputi aktiviti berniaga,bekerja,berpolitikdan hal yg berkisar tentang keduniaan...sahaja.Ada juga menafikan pada diri tentang fitrah kehidupan manusia yg hidup didunia..ini dengan sanggup menolak kecintaan dunia semata-mata enggan di labelkan hamba dunia.Sebenarnya semuanya berbalik kepada keseimbangan...


Pernah suatu ketika Ahmad ibn Abi Al-Hawari bertanya kepada seorang ulama'bernama Abi safwan Al-Ru'Ainy.Katanya,"Dunia yang manakah yang dicela oleh Allah swt dalam al -quran yg patut dijauhi orang2 yg berakal ?''Jawab Abi safwan ''Dunia yang dicela adalah dunia dimana apabila seseorang melakukan seseuatu bentuk amalan ia mengharapkan pelbagai imbuhan serta balasan yang setimpal.Tetapi jika jika dia membuat sesuatu bentuk amalan dan mengharap balasan akhirat dan keredhaaNya itu bukan tergolong orang yang dicela.


Kata bicara Abi safwan ini menunjukkan "NAWAITU"itu penting dalam perlaksanaan dan kita tidak perlu gentar dan gundah dengan penafsiran orang lain...asalkan nawaitu itu kerana Allah swt.Contohnya dalam bidang perniagaan kita niatkan kerana mengikut arahan Allah swt secara tidak langsung ia telah tergolong dalam urusan akhirat.Begitu juga pemilihan pasangan hidup...berbalik kita kepada ciri2 yg ditetapkan,janganlah kita terikut gelodak perasaan yg dipandu oleh hawa nafsu semata2 tanpa mengira bahawa pemilihan kita itu bukan membahagiakan di dunia sahaja tetapi jika kesilapan dalam pemilihan kita juga akan diheret ke neraka.

Firman Allah swt''Sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang mengutamakan nafsunya dari bertaat kepada-ku ialah tidak Ku beri dia kebahagiaan bermunajat dengan-Ku''(dlm Hadis Qudsi)

Dunia yg dibenci apabila segala perlakuannya bukan kerana Allah swt.Contohnya sebagai pendakwah meskipun bertugas meningkatkan agama Allah swt sering kita terdengar rungutan dengan kadar bayaran tinggi dan beberapa syarat kemudahan yg mencecah ribuan ringgit...subahanallah..inilah harga sebuah perjuangan islam...tidak menjadi kesalahan mengambil upah penat lelah..tetapi biarlah bersederhana dan mengikut kemampuan orang..dan lokasi majlis tersebut.

Nabi Muhammad pun pernah berpesan bahawa setiap perbuatan harus disertakan nawaitu.Jika nawaitunya baik,pekerjaanya baik maka dia juga akan mendapat balasan kebaikkan.Namun niat tidak menghalalkan cara dan perbuatan.Contohnya mencuri dengan niat untuk menolong orang ...perbuatan itu tetap tercela dan berdosa.

Bercinta dengan Allah swt tidak terlalu payah berbanding dengan bercinta dengan manusia.Cinta manusia adakalanya memerlukan pengorbanan perasaan yg terlampau,cinta yang penuh dengan syarat 
Adakalanya cinta tidak kesampaian,kasih terbengkalai,remuk ..terluka.curang..terlalu banyak rumitnya cuma adakalanya...tersenyum bahagia apabila terlaksana sebagaimana yg diharapkan..tetapi berbeza dengan cinta Allah swt yang tiada berpaling tadah,tiada kecurangan,tiada bersyarat.

''Selangkah kau datang padaku,seribu langkah aku datang kepadamu''itulah janjiNya.DIA melindungi kita dari sebarang kejahatan,menutup mata kita dari paparan maksiat,menutup telinga kita mendengar perkara yg tidak baik,menguncikan mulut kita dari berkata perkara yg tidak ada kebenaranya.

Bukan tidak boleh bercinta sesama manusia,kerana ia merupakan fitrah semulajadi manusia yg hidup berpasangan...serta rasa sayang ,cinta,rindu..Cintailah Allah swt yg paling teratas agar DIA sentiasa memayung kerahmatanNya dalam penghidupan kita...dalam rasa kasih kita agar tidak terkeluar dari batasan yg sedia ada.Pasti Allah swt meredhai dan merestui cinta kita pada yang lain.

Sahabatku tersayang,semoga kita dapat menemui cinta-Nya,cinta yang tidak bersyarat tetapi masih berbalas..Akhirnya mohon kemaafan jika kupasan kali ini banyak kepincanganya tetapi sekadar ingatan untuk diri yang kerdil ini dan dipanjangkan sebagai ole-ole persahabatan...UKHWAH ISLAMIAH




~TERINGIN SEPERTI ....DIA....~

''Andaikan aku memerintah manusia bersujud kepada manusia nescaya aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya''(Hadis Riwayat Abu Daud,Hakim Tarmizi)

Pada suatu hari Fatimah bertanya dengan rasulullah,siapakah wanita yg baik budi dan seorang isteri yg dicintai suami.Jawapan rasulullah mengundang perasaan ingin tahu pada diri Fatimah,sedangkan dirinya puteri rasulullah masih belum layak menjadi yg terbaik.

''Siti Muthi'ah''Itulah namanya,yg menyebabkan Fatimah bergegas meminta izin dengan suaminya Ali bin Abi Talib untuk kerumah Siti Muthi'ah.Kedatangan Fatimah disambut dengan baik tetapi Siti Muth'iah tidak dapat mempelawa Fatimah masuk kerumahnya kerana ia hadir bersama anak kecilnya Hasan.Siti Muthi'ah menolak kedatangan puteri nabi dengan nada sopan menyatakan bahawa dia belum meminta izin dengan suaminya menerima masuk tetamu lelaki walaupun Hasan masih kecil tetap seorang lelaki.

Fatimah beredar,namun semangat ingin tahu keistimewaan yg dimilikki Siti Muthi'ah masih berkobar-kobar lalu keesokan hari Fatimah bergegas ke rumah Siti Muthi'ah.Kedatangan fatimah disambut gembira tetapi Siti Muthi'ah masih tidak membenarkan puteri rasulullah itu masuk ke rumahnya kerana kedatangan Fatimah kali ini bersama Hasan dan Husain puteranya.Keizinan dari suaminya hanya untuk Hasan bukan Husain.Fatimah pulang dengan tangan kosong tetapi perasaan ingin tahu itu tidak terpadam.

Alhamdulillah kehadiran Fatimah kali ini bersama puteranya di terima dengan senang hati oleh Siti Muthi'ah kerana dia telah meminta izin dengan suaminya.Siti Muthi'ah bertanya kehairanan kepada puteri nabi Fatimah yg terlalu beiya-iya datang kerumahnya.Fatimah menjelaskan bahawa kedatanganya diatas arahan rasulullah(ayahndanya)."Ayahndaku berkata engkau seorang yg berbudi sangat baik dan sangat dicintai oleh suaminya''Siti Muthi'ah terpinga-pinga apabila mendengar cerita puteri rasulullah itu.

Fatimah kagum melihat situasi dalam rumah Muthi'ah yg serba sederhana dan tenang.Tidak ada sebarang perabut mewah yg menghiasai rumahnya.''Maaf ya,saya tidak dapat menemani Fatimah duduk lama kerana saya hendak menyiapkan makanan untuk suami saya''terang Siti Muthi'ah dengan nada yg lembut penuh pengertian.Fatimah memahaminya dan meminta izin mengikuti Siti Muthi'ah kedapur.

Fatimah ternampak sebatang rotan yg diletakkan berhampiran makanan yg siap disajikan.Serta kipas tangan dan sehelai tuala.Fatimah bertanya kepada Siti Muthi'ah agar hilang segala tanda tanya yg bersarang dihatinya tentang tiga barang tersebut.Siti Muthi'ah berasa malu untuk menerangkan tetapi apabila didesak oleh Fatimah barulah ia memberitahunya.

''Wahai puteri rasulullah suamiku bekerja keras memerah keringat untuk menampung kehidupan keluarga kami.Maka aku sangat sayang padanya dan menghormatinya.Sebaik sahaja ia kulihat pulang bekerja,dengan pantas ku sambut kepulanganya dengan penuh mesra.Kubuka bajunya dan ku lap keringatnya dengan tuala sehingga ia berbaring melepaskan lelahnya.Aku ambil kipas,mengipasnya dengan penuh kasih sayang sehingga adakalanya ia terlelap.

Kemudian aku bergegas berpakaian cantik dan berhias kerana lelaki sememangnya suka melihat isterinya berpakaian cantik untuknya.Setelah ia bangun dari tidur aku akan mempelawanya makan hidangan yg ku buat....."Oh,abang..bila mana layanan dan hidangan masakanku tidak berkenan dihatimu,aku bersedia menerima hukuman darimu dengan ikhlas.Silalah pukul badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak aku ulanginya buat kali kedua kalinya.''Itulah rutin dalam kehidupanku sebagai seorang isteri..."cerita Siti Muthi'ah.

Terlalu wajar gelaran yg rasulullah berikan padanya sungguh luar biasa akhlaknya.Seoarang isteri yang begitu setia,taat kepada suaminya.Fatimah pulang dengan gembira segala pertanyaan telah terjawab..dan segalanya penuh pengajaran walaupun ia puteri rasulullah tetapi tetap ia kalah dengan Siti Muti'ah dari segi akhlak dan budi pekerti sudah tentu ia juga penghuni syurga.


Sahabatku,mungkin telah kerap dihidangkan dengan cerita sebegini tetapi ia sekadar ingatan untuk kita yang adakala terlalai dengan tanggungjawab yang kita sandang sebagai isteri,ibu dan seorang wanita kerana terlalu sibuk memikirkan tanggungjawab kerja diluar yg menjanjikan pangkat dan hasil lumayan terhidang sebagai imbuhan.Berbeza tugas sebagai isteri yg hasilnya kebahagiaan yg terlalu abstrak dan cuma mengundang kepenatan...yg tidak ada kehabisan.Sebenarnya janji Allah swt untuk isteri yg taat dan patuh serta ikhlas menjalankan pengurusan rumah tangga...adalah pahala yg amat besar.Kesenagan akhirat itu adalah yg paling hakiki..insyallah rumahtangga juga akan terasa aman.


Sahabatku,Janganlah dengan cerita ini ada yg mengambil kesempatan menjadi pembuli dalam rumahtangga.Bekejasama,bertolak ansur..tambahan sama-sama bekerja menyara keperluan keluarga.Amalkan sikap berterus terang dan menerima sebarang teguran berhemah...dengan rasa ingin berusaha memperbaikki.Menerima seadanya kekutangan yang ada...maklumlah usia semakin senja semakin banyak yg tidak kena,banyak susut nilainya..duduklah berbincang secara mesra ulanglah saat berkasih diawal perkhawinan..insyallah..saling memperbaikki...cinta subur kembali.

Sahabat yang tersayang..lilahitaala,
Ilmu secangkir cuma lautan dalam berhati2 untuk diukur..usia setahun jagung ..bicara serba tak kena...mohon maaf saya pinta coretan saya ini mengguris hati..ia hanya sekadar renungan pagi sabtu ini yg baik ambillah untuk panduan dan yg kurang buatlah pertambahan.Bersyukurlah sekiranya sahabat mempunyai keluarga bahagia dan seorang suami yang menyayangi dan isteri yang mengasihi serta anak-anak penyejuk hati,bagi yang tidak memilikki, berdoalah sesungguhnya apa yang terjadi adalah sebahagian dari ujian dariNya untuk menghadiahkan kita sebuah kebahagiaan yang hakiki.


~ADAKAH MALUKU SEPERTI SEMALU~

Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayanganya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah 
menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 
4 aspek........


PERTAMA,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai 
perasaan malu(pada tempatnya)

KEDUA,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang 
wanita muslim...

KETIGA
semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna
wanita soleha hendaklah mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhirnya....
semalu akan kuncup dengan 
sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para 
wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu
semakin senja......

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

''perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar rumah,berdiri tegaklah syaitan padanya''(H.R At-Tarmizi)