Rabu, 18 Disember 2013

~Usia dah tua,amal masih muda~

(18-12-72)~(18-12-2013)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Genaplah umurku 41 thn,,,Allahukhbar!!! dah tua rasanya..tolak,campur,bahagi dan kali...aku rasa aku dah mula masuk usia senja.Bergema saja azan maghrib,masuklah usiaku 41thn,orang2 yg ku sayangi memberi ucapan yg begitu menyentuh hatiku..
  Ciuman,ucapan kasih sayang...Allahukbar!!...sebenarnya inilah yg membuat aku bahagia bersama cinta kalian...benarlah org kata..duit tidak boleh membeli kasih syg yg tulus...kita x kaya x per..asalkan kita bahagia...mkn jer apa yg ada....dari mknan melimpah ruah tiada beri tenang dan ceria di jiwa..
  Usia dah tua...amalan byk yg kurang...jika sebentar lagi Allah swt cabut nyawaku,apalah yg akan ku bawa menghadapnya?Azam terus berazam..walau x sempurna tetapi inshaAllah aku ingin menjadi wanita solehah.
Nak study lagi lebih dlm..Al-Quran..nak bljr uruskn jenazah...moga2 thn 2014..dapat tercapai semuanya.
  Aku nak kurang perkara2 yg x bermanfaat...maklumlah kena tumpukan pd putera sulungku..Ahmad Akmal nak SPM...masa depan dia teramat penting,aku kena byk berkorban...yg paling lemah kena bljr beleter sikit...huhuhu..perkara yg paling aku benci.Rasanya dia boleh gerak sendiri cuma aku kena byk pantau...dari segi pemakanan dan masa study dia...yg paling penting masa dia dgn Allah swt.Aku x mahu anak bujangku..pandai ilmu dunia tetapi hancur ilmu akhirat...Nauzubillah...
 Nurul pula..anak manja ..akademik agak kurang,rasanya kena tumpukan pd kemahiran...moga2 kedua2 anak2..ku menjadi manusia yg berjaya dunia akhirat.
  Cuma terasa sedih..bila lihat anak2 semakin dewasa..maka semakin hampir dia org akan tinggalkn kita.Tentu rasa sepi bila mereka x der..huhuhu...gelagat mereka adakalanya membuat aku begitu teruja..bahagia sgt2...percayalah anak2 ku..aku syg pd kalian sepenuh hatiku...

 Semoga Thn depan..aku bisa melakarkn suara hatiku sempena hari lahirku di blog ni...

~Nur Usrah~

"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE41

Sempena Ulang Tahun Kelahiranku...yg ke 41 thn(18-12-72)~(18-12-2013)
 kad keratif dari kak nur iman dan abg denang ghani...terima kasih shbtku syg.

Sabtu, 14 Disember 2013

~Anak Yang Soleh~

"Ya  Allah ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"

Assalamualaikum sahabatku sayang Lillahita'ala...Betapa kasih sayang org yg melahirkn dan membesarkan kita tidak mampu kita bayar walaupun jutaan kemewahan dan kekayaan kita milikki tak satu pun menyamai pengorbanan serta kasih syg mereka...Jom! kita dgr satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.
Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”

Ingatlah wahai diriku dan sahabat2ku~
Walaupun dlm kesibukkn kita dgn tugas serta tanggungjawab ..jgn kita abaikan perasaan org yg kita sayangi kerana reda Allah swt terletak kpd reda mereka terhadap kita...Hari ini kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak....mungkin esok,lusa kita akan pula di abaikan oleh anak-anak kita..
"Semoga Allah swt mengampunkan dosa mereka...ingatlah doa anak soleh itu dambaan kasih syg mereka"Ingatlah kasih sayang itu bukan dapat di nilai dgn himpunan jutaan kekayaan..mereka tidak perlukan wang kita tetapi perlukan kasih sayang serta perhatian kita sebagai seorang anak.

"Seorang anak akan memberi pelbagai alasan utk mengelak menjengah dan menjaga ibu/bapa tetapi ibu/bapa tidak pernah byk alasan utk membesarkan kita"

~Peringatan buatku dan semua~

Nur Iman(Anakanda Nur@Umi Nur)
Nur usrah. ..

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan


Aku pulang… tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang… tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita

http://youtu.be/OyAF824zj4k 

Jumaat, 13 Disember 2013

~LELAKI oh LELAKI~

~14-12-13~

Lelaki..oh Lelaki..
Saatku kenali hati budi yg bernama lelaki,saat lelaki itu sangat ku sayangi..ia menyentuh lembut dgn penuh kasih sayang.Bahasa kasihnya menutur peribadiku menjadi tenang dan sabar selalu.Lelaki itu juga menjadikan aku benar-benar manusia sehingga sekarang..Akhlaknya,tuturnya bersemadi menjadi bebenih segar mengalir di serata saraf yg segar di seluruh tubuhku.
Lelaki oh Lelaki..
Ku kenali yg bernama lelaki bila saat aku melepaskan saat manis bernama remaja menuju dewasa.Di mana kuasa veto beralih tangan lelaki ini menjadikan aku pemaisurinya.Aku berasa terlalu bahagia bila saat kasih sayang itu bersulam cinta ku perolehi.Dia pemilik cinta halalku,dia penaung hatiku ke Jannah-Mu.
Lelaki ini membuatku rasa terlalu di sayangi..mungkin banyak karenahku yg terpaksa di hadapi kerana aku terlalu manja...Menyintainya tidak pernah terasa sesal dlm hidupku..Belajar mengasihinya tidak pernah membenih kecewa di jiwa..dia segalanya buatku.Dia pengganti Lelaki yg terdahulu membelai lembut diriku bertahun-tahun menuju kedewasaan.
Lelaki oh Lelaki..
Kini muncul dalam hidupku seorang lelaki yg membuatku tersenyum dan adakalanya meruntun hati...Anak remaja yg membesar namun tidak byk karenahnya..mungkin terdidik dlm situasi kesukaran.Penampilannya tegas,lawak dan adakalanya ada sedikit darah muda yg bergelodak.Lelaki ini penyinta yg setia saling tidak tumpah dengan lelaki yg ku cinta.Lelaki ini pewaris cinta kasih sayangku...setiap munajatku agar lelaki ini berjaya dalam hidupnya dunia akhirat serta yg paling ku harapkan dia menjadi ANAK YG SOLEH.
Lelaki Oh Lelaki..
Sebenarnya setiap sholatku tidak putus menyenaraikan kalian menjadi insan yg mulia di sisi Allah swt.
Untuk yg tiada semoga rohmu di cucuri rahmatNya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg soleh.
"Terima Kasih" kerana memberi sinar kasih sayang dan cinta kalian sesungguhnya di hatiku tidak pernah berganjak menyintai,menyayangi kalian kerana kalian telah membuatku terlalu bahagia.
Maafkan diriku jika Cinta,kasih dan sayangku tidak sesempurna yg kalian harapkan.
Seandainya diriku pergi sebelum kalian...kirimkanlah doa walau sebaris ayat agar roh ku tenang di sana.

Insan Yang Menyintaimu Menyayangimu Sepanjang Hidup
Nur Husrah@Nur Iman
http://youtu.be/6xXQXRcFmOM

~Jangan Ada Dusta Di antara Kita~

''Tanda orang yg munafik itu ada tiga;apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi kepercayaan ia khianati''(HR;Muttafaq Alaih)

''Pendustaan demi pendustaan..pembohongan demi pembohongan ''Adakala memaksa dan terpaksa kita lakukan.Sewajarnya kita menjauhkanya dari sifat ini menjadi santapan pribadi diri kita.Apa salahnya jika kita bersikap jujur dan berkata benar demi menyelamatkan keadaan...bukan menggunakan helah demi helah untuk melepaskan diri dari sangkar permasalahan.Semakin kita berlari dengan pembohongan semakin itu juga kita menghampiri seribu kerumitan.


Berdusta merupakan amalan amalan dan santapan kehidupan orang munafik.Islam melarang sikap perbuatan berdusta ini kerana ia dapat menjauhkan manusia dengan rahmatNya dan sekaligus dikutuk oleh Allah swt dan dibenci manusia.

"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanya lah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah swt dan mereka itulah orang-orang pendusta.''(An-NAhl;105)


~KEBURUKKAN DUSTA~

1-Dusta menjauhkan diri daripada Allah swt dan masyarakat.

2-Tidak dipercayai dan dibenci oleh orang ramai

3-Sentiasa melakukan kerja dan tindakkan buruk,merosakkan dan memudharatkan.

4-Mertabat orang yang berdusta ialah mertabat fasik,munafik,kafir dan semuanya di pengaruhi oleh syaitan

5-Kecewa di dunia dan sengsara di akhirat.

6-Jiwa tidak pernah rasa aman dan tenteram.

7-Dipandang buruk dan hina.

8-Mendapat kemurkhaan Allah swt

9-Menjadi sampah masyaraka

""Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta''(Al-Mukmin28)

Sahabat tersayang lilahitaala,Mengapa sukar bagi kita menyemai sikap berterus-terang dalam setiap perjalanan hidup kita.Kita sentiasa terbelengu oleh keadaan yang mendesak kita sentiasa hidup dalam pembohongan.Sekiranya semua manusia di muka bumi ini meletakkan asas benar dan menolak segala dusta...insyaAllah..bumi ini merasa aman dan damai...percubaan yg baik ialah berterus terang dari terus teperangkap dalam pendustaan...Semoga nota ini menjadi kejutan harian kita agar membuat satu perubahan agar keluar dari kepompong..PENDUSTAAN..untuk saya dan sahabat..

JANGANLAH PENDUSTAAN INI MENJADI PENGHAKIS SETIAP AMALAN YG KITA KERJAKAN....

~ Umi Nur Iman@Usrah~