"FITNAH"merupakan perbuatan keji dan menimbulkan kesan yang amat buruk pada diri,orang lain dan masyarakat serta keteguhan sebuah negara.Fitnah yang selalu di perkatakan ialah seseorang yang suka menyebarkan berita keburukkan orang lain agar orang itu di benci atau memusuhinya.
"FITNAH"berlaku di mana-mana dan tidak mengira masa,semuanya berpunca dari sikap iri hati,kurang dan lemahnya iman seseorang.Jiwanya dirasakan tidak tenang kalau tidak membuka keaiban orang lain.Begitulah kotornya jiwa orang yang menjadikan fitnah sebagai makanan rutin kehidupannya.
Ingatlah bahawa Fitnah ini adalah ciri-ciri orang munafik.Kita sendiri sedia maklum orang munafik adalah salah satu daripada musuh Allah dan musuh umat islam.Jika kita dapat menjauhi fitnah ini bermakna kita dapat menghalang pengaruh sikap,ideologi.cara berfikir dan cara hidup mereka yang jauh terpesong dari ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah menyerap dalam kehidupan kita.
"Dan janganlah kamu ikuti setiap setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kesana kemari menyebar fitnah,yg banyak menghalang berbuat baik yang melampaui batas lagi banyak dosa"(Al-Qalam 10:12)
"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta"(Al-Baqarah 10)
Islam juga mengarahkan kita melindungi kehormatan dan menjaga nama baik seseorang tambahan apa yang kita dengari belum pasti kesahihanya.Allah juga telah berjanji akan memberi balasan setimpal serta kemurkaanNya terhadap orang yang suka memfitnah.Semoga kita sebagai umat islam akhir zaman ini berhati-hati dengan permainan syaitan yang tidak letih menyesatkan kita.Benteng keimanan perlu kita perkukuhkan,begitu juga kekuatan kesabaran perlu di perkuatkan untuk berhadapan dengan bahang api fitnah yang di cipta oleh pencacai-pencacai setia syaitan yg bermaharajalela untuk merebut kuasa dunia.Mereka rasa puas dan bahagia bila kita tunduk patuh serta tumpas di tangan mereka.Mereka juga dengan rasa senang hati menerima kita sebahagian ahli sahabat terbaru mereka.
"Wahai orang2 beriman apabila datang kepadamu orang fasik yg membawa pekhabaran(fitnah)maka perhatikan dengan teliti kebenarannya"(Al-Hujrat 6)
Semoga Allah swt menjauhi kita dari memfitnah dan menjadi bahan fitnah.Bagi yang terkena fitnah,bersabar dan bertenang serta serahkan segalanya kepada Allah swt.Perbanyakkan sholat tahjud agar Allah swt memberi jalan penyelesaiannya."Selangkah kita menghampiriNya,beribu langkah DIA menghampiri kita"berdoalah bersungguh hati mungkin kita teruji untuk di naik taraf keimanan kita atau juga melunaskan khilaf semalam yg pernah kita lakukkan.Berbaik sangka kepada setiap anugerah Allah terhadap kita.
Pandulah perasaan kita dari mengambil sebarang keputusan ketika amarah memuncak di hati,cuba bawa bertenang dan yakin pada setiap yang terjadi adalah ujian dariNya.Bawalah diri untuk terus tersenyum walau berat di tanggung namun ingat janji Allah swt,setiap hamba yg sabar dengan sebarang ujian akan merasa nikmat kemanisan akhirnya insyaAllah(..inilah ujian fitnah,cukup menduga keimanan diri.)
Nukilku;
Nur Usrah@Nur iman

Tiada ulasan:
Catat Ulasan