"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"
Assalamualaikum sahabatku sayang Lillahita'ala...Betapa kasih sayang org yg melahirkn dan membesarkan kita tidak mampu kita bayar walaupun jutaan kemewahan dan kekayaan kita milikki tak satu pun menyamai pengorbanan serta kasih syg mereka...Jom! kita dgr satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.
Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”
Ingatlah wahai diriku dan sahabat2ku~
Walaupun dlm kesibukkn kita dgn tugas serta tanggungjawab ..jgn kita abaikan perasaan org yg kita sayangi kerana reda Allah swt terletak kpd reda mereka terhadap kita...Hari ini kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak....mungkin esok,lusa kita akan pula di abaikan oleh anak-anak kita..
"Semoga Allah swt mengampunkan dosa mereka...ingatlah doa anak soleh itu dambaan kasih syg mereka"Ingatlah kasih sayang itu bukan dapat di nilai dgn himpunan jutaan kekayaan..mereka tidak perlukan wang kita tetapi perlukan kasih sayang serta perhatian kita sebagai seorang anak.
"Seorang anak akan memberi pelbagai alasan utk mengelak menjengah dan menjaga ibu/bapa tetapi ibu/bapa tidak pernah byk alasan utk membesarkan kita"
~Peringatan buatku dan semua~
Nur Iman(Anakanda Nur@Umi Nur)
Nur usrah. ..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan