Isnin, 3 Mac 2014

~ADAKAH MALUKU SEPERTI SEMALU~

Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayanganya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah 
menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 
4 aspek........


PERTAMA,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai 
perasaan malu(pada tempatnya)

KEDUA,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang 
wanita muslim...

KETIGA
semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna
wanita soleha hendaklah mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhirnya....
semalu akan kuncup dengan 
sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para 
wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu
semakin senja......

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

''perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar rumah,berdiri tegaklah syaitan padanya''(H.R At-Tarmizi)

~SEDASYAT MANAKAH MATI...?~

Cubaan dalam hidup silih berganti adakala menuntut banyak pengorbanan pada diri agar bertahan dan 
memujuknya menerima ketentuanNya ada rahmat disebalik yang terjadi.Adakala kita ditimpa dengan pelbagai sakit yang mungkin diterjemahkan sebagai penghapus dosa dan adakalanya balasan diatas kekhilafan kita melayarkan penghidupan.Sekiranya kita seorang yang sabar dan memahami hikmah di sebalik kesusahan insya-Allah boleh menerima dugaan kesakitan dengan rasa keinsafan dan kehambaan.

Sedikit pun Allah swt tidak memandang kecil kesabaran itu malah dibalas dengan ganjaran yg lumayan.Sabda rasulullah saw''Tidak ada satu mushibah(cubaan)yang menimpa seorang Muslim melainkan dosanya dihapus oleh Allah kerananya,sekalipun mushibah itu hanya kerana tertusuk duri'.

Mati juga merupakan serangan sakit yang hanya dapat digambarkan...tidak seorang pun didunia ini yang berpengalaman dalam merasakan mati.Kesakitan juga tidak dapat dipindah kepada orang lain kecuali dengan izin Allah swt.Ummul Mukminin Syadatina Safih r.a pernah meminta supaya sakit yg ditanggung oleh rasulullah saw dipindahkan saja kepadanya sehingga berjurai air mata Safiyah.Setinggi langitcinta kasihnya kepada rasulullah tidak dapat menjadi galang gantinya.Hanya doa pengiring. sakit rasulullah sehingga kewafat baginda.Iktibar doa yg dibaca rasulullah ketika menanggung azab sakit menuju kematian''Ya Allah,ya Tuhanku!mudahkanlah atasku sakaratul maut''.Malaikat jibril yg tidak pernah berpaling ketika berjumpa baginda terpaksa berpaling kerana ketidaksanggupan melihat keadaan rasulullah yg cukup menyayat hati,sedang bergelut dengan sakit sakaratulmaut.Terfikirkah oleh kita bagaimana kita pula berhadapan dengan sakit...itu sedangkan rasulullah kekasih Allah bergelut kesakitan yang amat sangat.

Tubuh merasa sakit apabila ditimpa sesuatu yang menyakitkan selagi mana tubuh itu bernyawa.Kesakitan itu juga terbatas pada bahagian yg menjadi sasaran sakit contohnya sakit gigi tidaklah sampai ke kaki dan sakit terhiris benda tajam dijari tidaklah sampai sakit seluruh badan.Sakit mati sangat berbeda kerana ia melibatkan seluruh pelusuk badan.Setiap tempat nyawa harus ditarik keluar.Kesakitan menyerang dalam satu masa yg sama tanpa mencelah ruang istirehat.Seluas-luas tempat berongga sehingga sesempit-sempit tempat.Roh ditarik ditarik dari urat-urat saraf badan,sendi2,ruas tulanta g,dari pangkal rambut dan roma,dari hujung kepala sehingga ke tapak kaki.Berbeza sakit gigi yg adakala berdenyut sekali-sekala.

Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin''Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya.Tetapi sakit dicabut nyawa,pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yg kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya.Kesusahan sudah bersangatan padanya.Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat,ceruk dan ruang.Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh anggota badan.Lalu tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan.

''Keadaan akal pada ketika itu sudah tertutup oleh kesakitan dan berada dalam keadaan sangat kacau bilau.Lidah telah dikelukan oleh kesakitan.Sendi-sendi badan telah dilemahkan oleh kesakitan.Dan ia(badan)ingin jikalau boleh istirehat dengan mengeluh,menjerit serta meminta pertolongan.Tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat lagi.Jikalau masih ada padanya kekuatan,nescaya kekuatan itu memperdengarkan baginya keadaan pencabutan nyawa dan penarikannya,bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkongan dan dadanya.

''Kepedihan itu berkembang di dalam dan diluarnya.Sehingga terangkatlah dua biji matanya ke pelupuk mata.Terkupaslah dua bibirnya.Beralihlah lidah dari dasarnya.Dan hijau anak-anak jarinya.Kejanglah setiap urat daripada urat-uratnya.Kemudian setiap anggota dari anggota-anggota badanya mati beransur-ansur.Pertama-tama dingin dua tapak kakinya.Kemudian dua betisnya,kemudian dua pahanya.Dan bagi setiap anggota badan itu sekerat sesudah sekerat .Kesusahan sesudah kesusahan.Sehingga sampailah sekerat itu ke kerongkongan.Terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya.Dan tertutuplah pintu taubat baginya.''

Syaidina Umar r.a meminta Kaab al-Ahbar menceritakan tentang hal kematian.Kata Kaab,"Wahai Amirul Mukminin,mati itu seperti ranting yang banyak duri yang dimasukkan ke dalam rongga badan seseorang.setiap duri itu diambil dengan akarnya.Kemudian ditarik oleh seorang lelaki yang kuat dengan sekali tarik.Maka diambillah apa yang diambil dan tinggallah apa yang ditinggalkan''.

Sahabat tersayang lilahitaala,
Semoga nota yg tidak seberapa kupasanya ini dapat menerbitkan rasa keinsafan hati...bahawa kematian bila-bila saja datang bertandang...untuk mengambil segala yg dipinjamkan olehNya kepada kita sebagai hamba...berdoalah kita bersama agar mati kita mati yang penuh iman,jauhilah kesesatan...berlingkar dalam penghidupan kita.

~OH JIRANKU~

''Tidaklah salah seorang antara kamu beriman sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri''sabda rasulullah.
Jiran tertangga yang dekat-merupakan jiran yang masih ada hubungan nasab(darah)atau ikatan agama.Sedangkan jiran tetangga yang jauh adalah yg tidak mempunyai hubungan darah atau ikatan agama.Oleh itu setiap orang yg bergelar muslim mempunyai hak kejiranan walaupun tiada hubungan darah atau ikatan agama.

Riwayat Muslim dari Anas,dia menceritakan,Rasulullah saw pernah bersabda''Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya,sesungguhnya tidaklah seorang hamba beriman sehingga dia mencintai jiranya(atau mengatakan)saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.''Berbuatlah baik terhadap jiran kerana ia merupakan akhlak yg islam yg paling dasar dan mendalam.

ADAB -ADAB BERJIRAN;

1-Hendaklah setiap pertemuan dimulakan dengan ucapan salam dan senyuman ketika bertemu dengan jiran.

2-Janganlah berbual-bual sehingga berlarutan dengan mereka sehingga mereka terlalai sholat fardhu.

3-Jangan banyak pertanyaan(selidik)kepada jiran.

4-ziarahilah jiran anda apabila mereka sakit atau ditmpa mushibah.

5-Ucapkan taniah sewaktu mereka memperolehi kegembiraan.

6-Ucapkan takziah sewaktu menghadapi kematian atau mushibah.

7-Maniskan tutur-kata dengan anak-anak dan [embantu mereka.

8-Maafkanlah keterlanjuran mereka

9-Apabila menegur kesalahan mereka hendaklah dengan lemah-lembut.

10-Menundukkan pandangan dari memandang aurat jiran.

11~~~~

Sabda Rasulullah;

''Siapa(benar-benar) beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya''(Riwayat Bukhari dan Muslim)


''Tiadalah dinamakan beriman (dengan sempurna)kepadaku orang yng.bermalam dengan kenyang,sedang jiranya dalam keadaan lapar padahal dia mengetahuinya''(Riwayat Al-Bazaar)


''Dua perlakukan orang yang tiada dikasihi Allah pada hari kiamat ialah orang yang memutuskan perhubungan keluarga dan jiran tetangganya yang jahat''(Riwayat Ad Dailami)


"Wahai wanita-wanita islam,janganlah seorang jiran merasa malu menghulurkan kepada tetangganya (sesuatu makanan)sekalipun sepotong kaki kambing.(Riwayat Bukhari)

Sahabat yg dikasihi lillahitaala,
Kita sentiasa dihidangi pelbagai kerenah jiran tetangga..ada yang baik syukur alhamdulillah adakalanya menguji kesabaran kita.Sewajarnya kita bersabar dan tidak perlulah berbalah dengan membalas segala perbuatanya.Kita hendaklah bersikap lembut seperti gusi dan gigi....seperti menarik benang dari tepung.Semoga dengan kesabaran kita itu dapat memulihkan ikatan ukhwah diatara kita dengan jiran kita.....Sempena bulan-bulan mulia ini jika membuat juadah,hulurlah sedikit kepada jiran yang terhampir...semoga mendapat ganjaran dariNya dan dapat merapatkan silaturahim yang sedia ada.

~JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA~

Pada suatu hari datang seorang lelaki menemui rasulullah saw kerana hendak memeluk agama islam.sesudah mengucap dua kalimah syahadah,lelaki itu berkata "Ya rasulullah,sebenarnya aku ini selalu benar membuat dosa dan payah dapat aku meninggalkanya''Maka jawab rasulullah ''Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?''.''Ya saya berjanji''jawabnya ringkas.Kemudian ia pun pulang ke rumahnya.Sebenarnya sebelum memeluk islam lelaki itu terkenal sebagai seorang yang jahat.Kegemaranya ialah mencuri,berjudi,dan minum minuman keras.Maka setelah ia memeluk islam.ia mencuba sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukkan itu.Dengan harapan serta maksud yang baik itulah maka ia meminta nasihat rasulullah.


Ketika berjalan pulang dari menemui rasulullah lelaki itu berkata dalam hatinya''Berat juga aku hendak menunaikan apa yg dikehendaki oleh rasulullah itu.''Maka apabila hatinya terdorong untuk melakukan kejahatan,hati kecilnya terus mengejeknya"Beranikah kau berlaku jahat ?Apa akan kamu katakan nanti apabila ditanya oleh rasulullah?sanggupkah engkau berbohong kepadanya?''demikian hati kecilnya mengejek.Ia menjadi sedar lalu terus berfikir dalam hati,kalau aku berbohong kepada rasulullah maka aku telah menghianatinya.sebaliknya jika aku berkata benar bahawa aku tidak berjudi,minum arak atau mencuri,beerti aku akan menerima hukuman sebagai orang islam..sesungguhnya ada hikmah yang terkandung didalam pesanan rasulullah itu.


Setelah berjuang dengan hawa nafsu,akhirnya tidak jadi dia berbuat jahat.Menurut ceritanya semejak hari itu mulalah babak baru dalam hidupnya.Ia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup,kepada jalan yg indah seperti yg digariskan oleh rasulullah saw.Hingga di akhirnya hayatnya ia berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Renungan..untuk sahabat2..

..TIADA APA YANG DAPAT KUPERTARUHKAN DALAM PERSAHABATAN INI SEKADAR NOTA KECIL YG MENJADI TAZKIRAH DIRI DAN SEMUA...MAAF JIKA ADA YANG KURANG KERNA ITU DTGNYA DARI KEKILAFAN KU SEBAGAI HAMBA-NYA..

~DARI PANAHAN MATA~

~~''Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semua itu akan diminta pertanggungjawabkannnya''~~(Hadis)

Wahai sahabatku lilahitaala,

Sebagaimana telah diwajibkan ke atas kaum lelaki supaya memalingkan pandangannya dari kaum wanita,maka yang demikian juga telah diwajibkan ke atas kaum wanita supaya memalingkan pandanganya dari kaum lelaki yang bukan muhrimnya tanpa hajat atau darurat.

Wahai sahabatku,

Sedarlah bahawa pandangan itu laksana anak panah yang dilepaskan dari busar panah iblis.semua kejadian selalunya berpunca dari pandangan mata yang mengandungi zina(zina mata)

~~FAEDAH MENUNDUKKAN PANDANGAN~~

1-Menundukkan pandangan bereti menunaikan perintah Allah swt.Tiada manusia yang bahagia di dunia dan akhirat kecuali dengan menunaikan perintah Allah swt.

2-Menundukkan pandangan akan menguatkan hati dan membahagiakannya.Sebagaimana halnya membiarkan pandangan menjadi liar akan melemahkan hati dan membuatnya gelisah.

3-Menundukkan pandangan membuat hati selalu bermesraan dengan Allah swt.Sebaliknya,membiarkan pandangan menjadi liar akan memporak-perandakan hati dan fikiran.

4-Menundukkan pandangan menimbulkan kecerdasan yang luar biasa.Sesiapa saja yang meramaikan zahirnya dengan mengikut sunnah dan meramaikan batinnya dengan sentiasa muraqabah(mendekatkan diri kpd Allah swt)menundukkan pandangan dari perkara-perkara yg diharamkan,menahan nafsunya dari syahwat,serta membiasakan hanya memakan harta yang halal,maka tidak ada yang menyalahkannya.

5-Menundukkan pandangan akan melahirkan hati yang gagah dan berani hingga membuat seseorang memilikki wawasan luas dan hujjah yang kuat.

6-Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat.Sebagaimana kerap dikatakan,''Orang yang tertawan oleh pandangan matanya,maka itulah sebenarnya tawanan''

7-Menundukkan pandangan akan membentengkan seseorang dari pintu syaitan.

8-Menundukkan pandangan akan menguatkan akal dan menambah kecerdasan 

9-Menundukkan pandangan akan menyelamatkan hati dari mabuk syahwat 

10-Menundukkan pandangan akan mengosongkan hati dari berbagai kemaksiatan.

11-Menundukkan pandangan merupakan mahar(mas kahwin)bagi bidadari.

12-Melepaskan pandangan akan memberi beban kesukaran bagi badan dan dua mata.

13-Menundukkan pandangan akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu.

~~Wahai kaum muslimin,tundukkan pandangan matamu.Sedarilah bahawa membiarkan pandangan mata menjadi liar merupakan pintu pertama pembuka jalan yang kelak merosakkan tirai kehormatanmu.Ini syariat dan perintah yang Allah swt telah syariatkan...

Pesanan ini dipersembahkan untuk ingatan pada diriku yang sering lupa dan kepada sahabat yang tercinta lillahitaala....

~10 ORANG KEKASIH IBLIS DAN 20 ORANG SEBAGAI MUSUHNYA~



~Dari Ibnu Abbas r.a bahawa dia telah berkata:''Telah bertanya rasulullah s.aw pada suatu hari kepada iblis laknatullah"Berapa orang dari ummatku sebagai kekasih engkau?''~

Berkata Iblis;''Sepuluh orang"

1-Pemimpin yang zalim.

2-Orang yang sombong.

3-Orang yang kaya tidak mempedulikan darimana ia memperolehi hartanya dan ke mana ia belanjakan.

4-Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.

5-Perniaga yang menipu

6-Muhtakir(iaitu orang yang menahan barang-barang yang di perlukan oleh manusia,kemudian menjualnya dengan harga yang tinggi,ketika manusia sangat memerlukanya''

7-Orang yang berzina

8-Orang yang memakan riba

9-Orang bakhil yang tidak perduli dari mana ia kumpulkan hartanya.

10-Orang yang terus menerus meminum arak

Kemudian Nabi Muhammad saw bertanya lagi;''Berapa orang dari ummatku sebagai musuh engkau?''

Berkata Iblis:"Sebanyak 20 orang".

1-Engkau Muhammad,maka sesungguhnya aku benci kepadamu.

2-Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

3-Orang yang hafal Al-Quran,apabila dia mengamalkan isinya.

4-Orang yang azan kerana Allah dalam sholat lima waktu.

5-Orang yang cinta kepada orang-orang fakir dan miskin serta anak-anak yatim.

6-Orang memiliki hati yang pengasih.

7-Orang yang merendahkan diri kepada kebenaran.

8-Pemuda yang taat kepada Allah swt .

9-Orang yang memakan barang yang halal.

10-Dua pemuda yang saling kasih mengasihi kerana Allah swt.

11-Orang yang memelihara sholat berjemaah.

12-orang yang sholat di waktu malam,pada saat manusia sedang tidur.

13-Orang yang menahan dirinya dari mengerjakan yang haram.

14-Orang yang menasihati(saudara-saudaranya)sedang di hatinya tidak ada tersimpan sesuatu)maksud yang lain.

15-Orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

16-Orang yang dermawan

17-Orang yang bagus akhlaknya.

18-Orang yang membenarkan(dan mempercayai)Tuhanya,bahawa Allah telah menjamin rezekinya.

19-Orang yang berbuat baik kepada para janda yang fakir.

20-Orang yang tetap bersiap-siap untuk mati'



*Semoga kita dapat menjauhkan diri dari 10 orang yang menjadi kekasih dan mendekati yang 20 orang yang menjadi musuh iblis.....*

Sabtu, 1 Mac 2014

-CINTAKU-

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).