''Tidaklah salah seorang antara kamu beriman sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri''sabda rasulullah.
Jiran tertangga yang dekat-merupakan jiran yang masih ada hubungan nasab(darah)atau ikatan agama.Sedangkan jiran tetangga yang jauh adalah yg tidak mempunyai hubungan darah atau ikatan agama.Oleh itu setiap orang yg bergelar muslim mempunyai hak kejiranan walaupun tiada hubungan darah atau ikatan agama.
Riwayat Muslim dari Anas,dia menceritakan,Rasulullah saw pernah bersabda''Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya,sesungguhnya tidaklah seorang hamba beriman sehingga dia mencintai jiranya(atau mengatakan)saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.''Berbuatlah baik terhadap jiran kerana ia merupakan akhlak yg islam yg paling dasar dan mendalam.
ADAB -ADAB BERJIRAN;
1-Hendaklah setiap pertemuan dimulakan dengan ucapan salam dan senyuman ketika bertemu dengan jiran.
2-Janganlah berbual-bual sehingga berlarutan dengan mereka sehingga mereka terlalai sholat fardhu.
3-Jangan banyak pertanyaan(selidik)kepada jiran.
4-ziarahilah jiran anda apabila mereka sakit atau ditmpa mushibah.
5-Ucapkan taniah sewaktu mereka memperolehi kegembiraan.
6-Ucapkan takziah sewaktu menghadapi kematian atau mushibah.
7-Maniskan tutur-kata dengan anak-anak dan [embantu mereka.
8-Maafkanlah keterlanjuran mereka
9-Apabila menegur kesalahan mereka hendaklah dengan lemah-lembut.
10-Menundukkan pandangan dari memandang aurat jiran.
11~~~~
Sabda Rasulullah;
''Siapa(benar-benar) beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya''(Riwayat Bukhari dan Muslim)
''Tiadalah dinamakan beriman (dengan sempurna)kepadaku orang yng.bermalam dengan kenyang,sedang jiranya dalam keadaan lapar padahal dia mengetahuinya''(Riwayat Al-Bazaar)
''Dua perlakukan orang yang tiada dikasihi Allah pada hari kiamat ialah orang yang memutuskan perhubungan keluarga dan jiran tetangganya yang jahat''(Riwayat Ad Dailami)
"Wahai wanita-wanita islam,janganlah seorang jiran merasa malu menghulurkan kepada tetangganya (sesuatu makanan)sekalipun sepotong kaki kambing.(Riwayat Bukhari)
Sahabat yg dikasihi lillahitaala,
Kita sentiasa dihidangi pelbagai kerenah jiran tetangga..ada yang baik syukur alhamdulillah adakalanya menguji kesabaran kita.Sewajarnya kita bersabar dan tidak perlulah berbalah dengan membalas segala perbuatanya.Kita hendaklah bersikap lembut seperti gusi dan gigi....seperti menarik benang dari tepung.Semoga dengan kesabaran kita itu dapat memulihkan ikatan ukhwah diatara kita dengan jiran kita.....Sempena bulan-bulan mulia ini jika membuat juadah,hulurlah sedikit kepada jiran yang terhampir...semoga mendapat ganjaran dariNya dan dapat merapatkan silaturahim yang sedia ada.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan